Posted by : Unknown
Rabu, 23 September 2015
Artikel Buah Manggis
Di Malaysia, sememangnya kaya dengan buah-buahan tempatan yang kini semakin mendapat tempat di pasaran antarabangsa. Selain daripada rasanya yang enak, buah-buahan tempatan ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan mengandungi khasiat seperti kaya dengan vitamin c yang mana, ianya sangat penting untuk tubuh badan manusia dan ianya setanding dengan buah-buahan yang diimport. Apa yang penting, buah-buahan tempatan mudah diperolehi sepanjang tahun berbanding dengan buah-buahan yang diimport. Selain itu, harganya juga berpatutan dan boleh diperolehi di setiap daerah di Malaysia.
Oleh kerana rasanya yang enak,
pelbagai cara juga boleh kita nikmati buah-buahan ini seperti boleh dijadikan
sebagai jus minuman dan sebagainya mengikut kreativiti dan cara individu itu
sendiri. Ada pelbagai cara untuk menikmati buah-buahan dengan lebih
menyelerakan. Misalnya, jika ingin menjadikan pemanis mulut, boleh letakkan ais
krim di atasnya atau tambahkan dadih tetapi pastikan jangan terlalu manis
terutama jika makan mangga kerana buah itu sendiri sudah pun manis. Untuk
mendapatkan tidur yang lebih tenang dan berasa rehat, ada juga yang
mencadangkan minum susu panas terlebih dulu, kemudian barulah makan buah kiwi.
Selain itu, antara buah-buahan yang
unik serta menarik seperti buah naga dan juga dikenali sebagai “dragon fruit”
kerana kulitnya berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga.
Disebalik rupanya yang unik ini, ia juga terdiri daripada golongan kaktus dan
tanpa disedari ianya semakin mendapat tempat dikalangan petani moden di Negara
kita, Malaysia. Ini kerana, masyarakat kini telah menyedari tentang
keistimewaan buah naga dari segi penjagaan kesihatan di mana, menurut kajian
buah naga ini boleh mencegah kita daripada penyakit nombor 1 iaitu kanser usus
serta mampu mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah dan pada masa
yang sama ia menurunkan kadar lemak dalam badan manusia. Disebabkan harganya yang
agak mahal, kini rakyat Malaysia disarankan untuk menanam sendiri buah-buahan
ini kerana, ianya senang untuk dijaga.
Selain buah naga, terdapat juga
buah-buahan yang kaya dengan khasiat semulajadi dan ‘antioksida’ seperti buah
manggis. Pelbagai khasiat buah manggis yang kita ketahui dan serba sedikit
tentangnya.
I.
Khasiat
Buah Manggis
Selama berkurun, masyarakat yang
tinggal di Asia tenggara memakan buah manggis disebabkan rasanya yang sedap.
Selain mempercayai bahawa buah ini mampu merangsang kesihatan tubuh. Dipercayai
bahawa manggis berasal dari kepulauan Sunda dan Moluccas di Indonesia. Manggis
antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak
mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.
Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki). dan menghasilkan buah berwarna
ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala
buahBuah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis
mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan
manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya
terkena baju.
Terdapat banyak khasiat dan
kebaikan manggis terhadap kesihatan tubuh. Kandungan flavonoid dan flavon di
dalam isi buahnya dikatakan mampu merangsang antioksidan lain termasuklah
vitamin C dan E. Ini sekaligus memnguat sistem imun tubuh. Dari hasil satu
penyelidikan, buah asli Asia Tenggara, buah ini dikatakan dapat menghasilkan
xanthone iaitu zat yang berbentuk dari hasil penyisihan kulit manggis. Xanthone
mempunyai aktiviti antiinflamasi dan antioksidan. Alpha- mangostin dan
gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan
mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik dari
ubat anti inflamasi lain.
Xanthone jenis ini juga dikatakan
mampu menhindarkan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti
arthritis dan Alzheime serta bermanfaat mencegah sel kanser dan tumor.
Kandungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat
sebagai anti bakteria. Manggis juga mempunyai Cathechins, Polifenol dan
Polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen anti bakteria dan anti
kulat.Selain mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1
dan B2.
Isi buah manggis selamat dimakan
kerana tidak mempunyai sebarang pengawet mahupun gula yang telah ditambah.
Hakikatnya gula yang terdapat di dalam jus manggis adalah jenis fruktosa iaitu
gula semulaa jadi yang diperoleh dalam buah.
II.
Bantu
stabil sistem pencernaan
Pengambilan kira-kira 3m ml jus
manggis setiap hari dikaatakan mampu membantu kesihatan tubuh. Sistem
percernaan menjadi lebih stabil dan tubuh mampu mendapat penyerapan zat yang
lebih baik. Jus manggis memberi tenaga pada sistem peredaran dan dikatakan
mampu membantu menghapuskan kolesterol jahat pada tubuh dengan kandungan asid
amino perlu. Selain isi buah manggis yang banyak kasiat. Bahagian lain juga
boleh digunakan untuk tujuan ubatan. Kulit buah manggis telah digunakan secara
meluas di India sebagai ubat cirit-birit.
Kulit manggis mempunya Tanin, Resin, dan Crystallizable Mangostine (C20H22O5.,
membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah
larut dalam alkohol atau ether/ ester, tidak larut
dalam air.
Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya.
Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutanemas dan perak. Buah manggis
mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid.
Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858,
oleh N. Reitler di Makmal Wittstein (Vierteljahresschr.
f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin,
larut dalam alkohol atau ether. Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian
resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia Purpurea, terdapat Kokum
butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri
dari Tristearin dan Oleic Glycerides dan Asid Myristic (Jahresb. der
Pharm., 1896, p. 71).
Kulit buah manggis agak keras dan
dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang
berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin
berbiji. Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan
rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di
kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar
ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis
dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya
terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.
Masyarakat Cina menggunakan kulit
pokok manggis bagi mebgubat cirit-birit. Kulit manggis yang telah direbus
dikatakan mampu dijadikan ubat sapu bagi melegakan masalah sistitis, gonorea
kronik. Manakala kulit manggis yang telah direndam semalaman dikatakan mampu
dijadikan sebagai ramuan masalah cirit-birit kronik. Hirisan kulit manggis
kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat disenteri
(jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk diiringi darah dan
pengeluaran mukus). Ramuan serbuk kulit manggis telah dijadikan minyak pula
mampu dijadikan ubat sapu masalah kulit seperti ekzema. Daun dan kulit pokok
manggis pula dikatakan boleh dijadikan sebagai ramuan bagi merawat masalah
jangkitan seriawan, cirit-birit, disenteri dan masalah urinari. Air rebusan
akar pokok manggis pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi mengatur
haid. Ekstrak kulit yang dikenali sebagai ‘aminiasine’ pula dikatakan mampu
dijadikan ubat bagi rawatan ameba disenteri.
III. Khasiat Buah Manggis Untuk Jantung
Sebenarnya banyak sekali manfaat
dan khasiat buah manggis yang bisa kita dapatkan. Namun beberapa orang
kebanyakan memanfaatkan manggis sebagai obat alternatif untuk pengobatan
penyakit jantung yang aman dana tanpa menyebabkan efek samping. Namun selain
baik untuk kesehatan jantung, kandungan yang ada di dalam buah manggis ini juga
baik untuk menyembuhkan penyakit jantung, stroke, diabetes, darah tinggi,
ginjal, dan beberapa penyakit berat lainnya. Untuk itu bagi anda yang memiliki
beberapa gejala akan penyakit yang sudah dijelaskan ada baiknya juga
mengkonsumsi buah manggis ini untuk menyembuhkan dan untuk kesehatan tubuh
juga.
IV.
Kesimpulan
Oleh itu, pelbagai usaha kerajaan
seperti yang dilakukan oleh industri kecil tempatan dan sederhana (IKS), telah
mengusahakan tanah bagi tujuan pertanian untuk memberi peluang kepada petani
untuk meluaskan lagi perniagaan dan secara tidak langsung membuka peluang
pekerjaan kepada orang lain khususnya para graduan serta dapat memupuk minat
mereka untuk menceburi dalam bidang pertanian dan perniagaan. Ini kerana,
buah-buahan tempatan juga telah banyak membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi
Negara dan secara tidak langsung, ia akan membantu menambahkan lagi pendapatan
dan peluang pekerjaan untuk warga petani serta masyarakat luar bandar
khususnya. kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak
kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah
daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati
buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin.

